Nasional

MPP UPSI Agih Juadah Kepada Mahasiswa, Komuniti

Sempena Hari Raya Aidil Fitri, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) dengan kerjasama Pusat Islam, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (MMKHAR), Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS) dan Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) menjayakan Program Agihan Pakej Juadah Raya Madani bertempat di Masjid AlA-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

Pengarah Program, Dennis Wong mengagihkan juadah raya berbentuk kuih balang kepada mahasiswa UPSI.

Program itu adalah inisiatif MPP UPSI untuk menyemarakkan suasana Hari Raya Aidilfitri terutama sekali kepada mahasiswa UPSI yang tidak berkesempatan pulang ke kampung halaman.

Agihan juadah raya kepada komuniti sekitar Tanjung Malim selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Program Pakej Juadah Raya Madani, Dennis Wong berkata, terdapat mahasiswa yang tidak berkesempatan pulang ke kampung halaman terutama sekali mahasiswa Borneo disebabkan isu tiket penerbangan yang mahal, maka kami usahakan agihan ini agar suasana itu tetap ada walaupun jauh dari pangkuan keluarga,” katanya pada program agihan Pakej Juadah Raya Madani.

Dennis berkata seramai 150 mahasiswa dan 150 selebihnya diterima oleh komuniti yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid.

MPP UPSI berkongsi rezeki dengan memberikan duit raya kepada kanak-kanak.

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin menyifatkan program berkenaan mencerminkan sifat keprihatinan MPP terhadap mahasiswa dan komuniti.

Katanya, dari bulan Ramadan hingga Syawal , MPP menjayakan program kebajikan dan mengamalkan konsep keinsanan yang terpuji Untuk kebaikan mahasiswa, petugas barisan hadapan serta komuniti setempat. -SM

(Visited 405 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button