Hiburan

Bukan Kali Pertama, Inilah Barisan Selebriti Yang Hadiri Majlis Ilmu Bersama Ustaz Wadi Anuar

Baru-baru ini, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan sebuah majlis ilmu bersama penceramah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di kediamannya.

Menerusi perkongsian di Instagram penyanyi itu, majlis itu turut dihadiri oleh ramai selebriti yang lain seperti Datin Lisa Surihani, Neelofa, Erra Fazira, Betty Banafee, Shiha Zikir, Linda Rafar dan ramai lagi.

“Alhamdulillah, selamat berlangsung majlis pengisian ilmu dan ramah mesra bersama Al-Fadhil @ustazwadiannuar di rumah kami malam tadi.

“Suami, saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian @ustazwadiannuar dan rombongan untuk hadir dan memberikan ilmu-ilmu yang sangat bermanfaat buat kita sebagai umat Islam.

“Sebagai tuan rumah, kami juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah meluangkan masa untuk hadir. Maaf jika ada kekurangan daripada pihak kami,” tulis Siti.
Walaubagaimanapun, majlis ilmu yang diketuai oleh Ustaz Wadi Annuar itu bukanlah pertama kali dihadiri oleh para selebriti tersebut.

Namun, perkongsian itu menarik perhatian ramai peminat selebriti-selebriti yang terlibat yang rata-ratanya kagum dengan keakraban mereka dalam mendalami ilmu agama bersama.

“Alhamdulillah.. Semoga Allah s.w.t kurniakan ilmu yang bermanfaat lagi baraqah untuk beramal, istiqamah dan menyampaikan. Insya-Allah,” komen seorang pengikut Siti.

“Masya-Allah Tabarakallah Bidadari Syurga Semua Ini. Cantik, Tenang Sejuk Mata Memandang. Semoga Kita Semua Terus Istiqomah Aamiinn,” komen seorang netizen menerusi Instagram Lisa pula.

(Visited 1,279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button