Nasional

Calon PRU15 perlu bijak tarik pengundi muda

Calon-calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu bijak dalam penjenamaan politik mereka untuk tampil lebih menarik kepada pengundi muda.

Pensyarah sosiologi politik dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian, berkata kebanyakan pengundi muda ini adalah pengundi atas pagar atau masih belum membuat keputusan untuk memilih calon mereka.

“Mereka mungkin memilih untuk tidak mengundi. Namun, jika seseorang pemimpin itu mempunyai jenama sendiri yang boleh dipromosikan oleh parti yang mempunyai perwatakan untuk dicontohi, pengundi muda ini akan tampil menyokong pemimpin tersebut.

“Ini kerana agen sosialisasi yang boleh mempengaruhi pengundi muda adalah pemimpin parti itu sendiri, selain keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan media,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Menurut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kira-kira 68,000 pengundi daripada lebih 1.2 juta pengundi berdaftar di Pulau Pinang berumur antara 18 dan 20 tahun.


Pada PRU14, wakil Pakatan Harapan mendominasi kerusi parlimen Pulau Pinang, dengan DAP memegang tujuh kerusi dan PKR (empat), manakala Barisan Nasional melalui UMNO (dua) daripada keseluruhan 13 kerusi.

(Visited 21 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button