Politik

Calon PN Johor Lama janji bakal sediakan klinik guaman percuma kalau saya menang

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama, Mohamad Alias Rasman menawarkan perkhidmatan klinik guaman percuma kepada penduduk.

Mohamad Alias berkata, khidmat guaman yang ditawarkannya meliputi aspek ekonomi, pendidikan dan sosial kepada penduduk.

“Dari sudut golongan Felda khasnya, saya dapat lihat isu-isu di Felda kebanyakan berkaitan dengan soal perwarisan dan dapat dilihat sebenarnya wujud kepincangan dari segi lot-lot tanah generasi kedua.

“Walaupun mempunyai bidang kuasa yang terhad kerana melibatkan urusan dari pejabat pihak felda, saya tetap akan menyusun langkah untuk mengetengahkan isu-isu dari segi pengurusan lot-lot tanah ini,” katanya.

Menurut Alias, apabila generasi pertama meninggal, generasi kedua mengikut undang-undang Felda hanya membenarkan dua penama sahaja di dalam geran.

“Undang-undang tersebut mungkin boleh digubal semula pada masa akan datang jika saya terpilih,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga akan berusaha menaikkan ekonomi setempat terutama di Bandar Kota Tinggi selain membantu mempromosi tempat bersejarah dan produk pelancongan.

“Saya perasan kita mempunyai begitu banyak tempat-tempat bersejarah dan ingin menjadikan sejarah Kota Tinggi ini sebagai produk pelancongan.

“Di Johor Lama, contohnya di Teluk Sengat, ada pantai, laut, rumah rakit mungkin dari segi itu boleh menaikkan taraf pelancongan,” katanya.

KREDIT: https://berita.bersatu.org/

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button