Politik

Usul PM kosongkan kerusi YDP Dewan Rakyat diterima 111 undi

USUL Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengosongkan jawatan Yang Dipertua diterima dengan 111 undi menyokong dan 109 menolak.

Usul untuk menggugurkan Mohamad Ariff hangat sebaik Muhyiddin mengemukakan usul. “Saya mencadangkan Tan Sri Mohamad Ariff mengosongkan jawatan atas alasan ada calon lain,” kata Muhyiddin yang kemudiannya disokong oleh Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bangun sebaik sahaja usul dibuka oleh Timbalan Speaker Dewan Datuk Rashid Hasnon untuk membenarkan hanya dua wakil kerajaan dan dua wakil pembangkang berbahas dengan masing-masing diberikan tempoh 10 minit.

Anwar mempersoalkan mengapa perlu dihadkan perbahasan yang begitu penting itu kepada jumlah ahli Parlimen dan masa yang terhad. Beliau menyifatkan peraturan tersebut sebagai tidak adil kepada ahli-ahli Parlimen.

Suasana kecoh apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan berteriak sesama sendiri apabila Hasnon tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dilontarkan kepada beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan turut bangun menjelaskan isu pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh dilakukan dan usul tersebut telah diterima oleh Mohamad Ariff sendiri. -SM

 

 

 

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button