Nasional

24 peniaga ingkar patuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menyenaraikan lapan barangan di bawah Skim Harga Maksimum Deepavali 2022.

Barang yang telah disenaraikan di bawah skim ini termasuk daging kambing import tulang, tomato, cili merah dan kelapa (harga maksimum di peringkat borong sahaja).

Tempoh pelaksanaannya adalah selama tujuh hari dan berkuat kuasa pada 20 sehingga 26 Oktober 2022 iaitu semasa musim perayaan deepavali.

Ketua pengarah penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sepanjang tempoh perlaksanaan, sebanyak 4,339 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh Negara manakala sebanyak 24 tindakan kes telah diambil ke atas peniaga yang ingkar.

“Antara kesalahan yang dikesan adalah peniaga telah meletakkan harga terkawal melebihi harga maksimun yang telah ditetapkan, tidak meletakkan tanda harga, dan gagal meletakkan tanda harga khas merah jambu,” katanya.

Menurut pemantauan yang telah dilakukan, perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2022 telah banyak membantu rakyat mendapatkan bekalan dengan harga yang ditetapkan kerajaan.

Pengguna dinasihatkan agar terus berhemah dalam berbelanja sepanjang tempoh krisis ekonomi yang sedang berlaku ketika ini.

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button