Luar Negara

Ayah koma lihat tangan anak dalam mulut singa

SEORANG ayah koma selepas melihat tangan anak perempuannya berada dalam mulut singa ketika mereka melawat zoo.

Menurut laporan Gulfnews, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang melawat zoo di wilayah Ibb di Yaman bersama ayahnya telah memasukkan tangannya ke dalam sangkar singa ketika ayahnya sedang sibuk mengambil gambar.

Selepas itu, kanak-kanak tersebut dikejarkan ke hospital bersama ayahnya yang koma selepas melihat kejadian tersebut.

Kejadian malang itu menyebabkan tangan kiri kanak-kanak tersebut perlu dipotong.

Penyokong hak asasi manusia menganggap bahawa ayah kanak-kanak itu dan pentadbiran zoo yang berada di bawah kawalan militia Al Houthi perlu bertanggungjawan atas tragedi itu.

Mereka juga mengecam tindakan pentadbiran tidak menghiraukan keselamat pelawat terutamanya kanak-kanak, yang sesetengahnya cenderung mendekati haiwan.-SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button