Politik

Calon DUN Skudai, DUN Kota Iskandar tak jemu tabur bakti pada penduduk

KETUA Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Isham Jalil yang turun padang bersama-sama membantu kempen calon-calon BN yang bertanding di kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini kagum dengan bakti yang ditabur oleh Lim Soon Hai dan Datuk Pandak Ahmad.

Lim Soon Hai calon N48 DUN Skudai

Lim Soon Hai, calon N48 DUN Skudai manakala Pandak calon N49 bertanding lima penjuru di DUN Kota Iskandar.

Menurut Isham, kedua-dua calon berkenaan memberitahu beliau tentang perjuangan mereka selama ini di DUN masing-masing.

Kata Pandak, beliau tidak pernah berhenti dalam memperjuangkan kebajikan penduduk Kota Iskandar.

Begitu juga dengan Soon Hai yang tidak penat mahupun jemu menabur bakti kepada masyarakat di Skudai.

KETUA Penerangan BN Selangor, Isham Jalil

Kata Isham, perjuangan mereka ikhlas untuk rakyat Negeri Johor tanpa mengira kaum dan untuk semua lapisan masyarakat.

“Mereka tidak mengamalkan kempen negatif atau pun kempen kebencian sebaliknya kesungguhan yang ditunjukkan oleh Soon Hai dan Pandak mahu mengubah nasib rakyat di kawasan mereka yang rata-rata, berhadapan dengan banyak cabaran di kala ketidaktentuan politik dan ekonomi,” kata Isham.

Beliau berkata, pada hari pengundian, 12 Mac bersamaan dengan hari Sabtu ini, penduduk di DUN Skudai dan DUN Kota Iskandar harus memberi kemenangan kepada kedua-dua calon BN ini. – SM

(Visited 864 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button