NasionalNegeri

Pemangku Raja sempurnakan Anugerah Kecemerlangan SMK Tuanku Lailatul Shahreen

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-10 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Kangar.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Sektor Pengurusan Sekolah, Hamidi Md Saad dan Pengetua SMK Tuanku Lailatul Shahreen, Noorihal Muhammad.

Tuanku Syed Faizuddin Putra disambut oleh para pelajar dan guru semasa merasmikan majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-10 SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Kangar.

Pada majlis tersebut bukan sahaja lebih 70 pelajar cemerlang dalam peperiksaan diraikan malah juga disampaikan anugerah khas kategori guru kepada 11 orang berdasarkan peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dalam pelbagai mata pelajaran.

Pemangku Raja juga turut berkenan menyampaikan Anugerah Yayasan Tuanku Syed Putra kepada pelajar cemerlang yang terdiri dari Aina Shaza Hashini (2019), Nur Anis Najihah Aziz (2020), Muhammad Danial Zainudin (2021) dan Imanina Einani Ibrahim (2022).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar cemerlang di majlis Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-10 SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Kangar.

Semasa bertitah pada majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra mahukan semua pihak bersama-sama memainkan peranan dalam membimbing dan memberikan teladan terbaik kepada murid untuk menjadi individu yang berguna kepada keluarga, komuniti, negeri dan juga negara.

“Semoga generasi masa kini menepati ciri-ciri modal insan bermentaliti kelas pertama dalam segala tindakan yang mempunyai kualiti diri yang tinggi dalam semua aspek dan menjadi harapan nusa serta bangsa” titah Baginda. – SM

BACA Keputusan SPM hari ini: Kehendak ibu bapa atau kemampuan pelajar?

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button