PRK

Calon BN, PH selesai mengundi di PRK Tanjung Piai

DUA calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai selesai menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih berdaftar di Parlimen tersebut, dengan menjadi antara yang paling awal mengundi.

Calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini yang memakai kemeja putih tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Kerang, dekat sini, kira-kira pukul 7.45 pagi dan beliau ditemani adik lelakinya Safeei Sardini.

Sejurus tiba di lokasi, Karmaine terus memasuki bangunan sekolah itu dan menuju ke saluran 2 untuk menunaikan tanggungjawabnya mengundi.

Ketika ditemui pemberita selepas selesai mengundi kira-kira pukul 8.05 pagi, Karmaine berkata sebagai calon, perasaannya amat berdebar menunggu keputusan PRK itu yang akan diumumkan malam ini.

Sementara itu, calon Barisan Nasional Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng tiba di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming 1 dan 2 di Pekan Nanas, pada pukul 7.40 pagi.

Beliau yang mengundi di Saluran 4 dan isteri, Datin Seri Lim Joo Hon (Saluran 6) selesai mengundi pada pukul 8.10 pagi.

Katanya beliau bangun seawal pukul 5 pagi bagi mempersiapkan diri untuk hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, selain mengakui perasaannya teruja sama seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lepas.

Hari ini, seramai 52,471 pengundi dalam Parlimen Tanjung Piai akan menunaikan hak mereka untuk memilih wakil rakyat baharu, selepas kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik daripada Bersatu yang mewakil Pakatan Harapan (PH) pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung. – BERNAMA

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button