Politik

“Di Sinilah Atuk Saya, Tok Hassan Dipukul Dan Dicampak Ke Dalam Sungai,” – Napsiah Khamis

Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan berkongsi satu kisah tragedi melibatkan susur galurnya yang berlaku di Sungai Kampung, Tanjung Olak, Muar.

Katanya, lebih 70 tahun yang lalu, datuknya yang dikenali sebagai Tok Hassan pernah dipukul, dimasukkan ke dalam guni lalu dicampakkan ke dalam sungai.

“Sejak itu, arwah nenek dan apak tidak lagi melihat satu-satunya insan yang menjaga mereka dan pada waktu itu juga, apak saya masih kecil.

“Beliau juga salah sorang daripada ahli kumpulannya yang kuat mempertahankan tanah air.. Apak kata beliau berani melawan demi pertahankan tanah airnya,” tulis Napsiah.

Napsiah berkongsi perkara itu mengenang jasa datuknya yang mempertahankan nasib orang-orang kampung serta tanah-tanah biar pun kehidupan datuknya adalah serba miskin.

“Atuk sayang kepada tanah airnya. Bukan mudah untuk menangkapnya tetapi akhirnya, atuk dikepung dengan ramai musuh, dipukul, dibunuh dan dicampak ke sungai ini yang menghubungkan ke sungai Muar.

“Bayangkan kesedihan arwah nenek yang menangisi pemergian suaminya. Nenek menangis dalam gelap pada malam itu di tepi sungai.

“Nenek meratap.. meraung.. kehilangan tempat bergantung dan nenek ketika itu juga sedang mengandung,” kongsi Napsiah dengan rasa sebak.

Napsiah juga berharap dengan tragedi itu serba sedikit mampu memberinya kekuatan, kekuatan daripada datuk dan neneknya yang berjuang demi tanah air.

“Bukan mudah untuk menjadi seorang pejuang. Dihina .. dikecam.. dikeji.. difitnah.. dan ada juga dibunuh..

“Setiap kali saya rasa mahu undur diri.. saya ingat balik kisah atuk.. setiap kali saya rasa penat dan lelah.. saya ambik balik semangat atuk..

“Jika atuk memilih untuk tidak melawan dan hanya mengikut kata penjajah pasti atuk panjang umurnya.. tetapi atuk memilih untuk melawan..,” tulisnya.

Kata Napsiah lagi, meskipun arwah datuknya tidak mempunyai kubur namun dia akan terus mengenang jasa dan perjuangan datuknya sehingga akhir hayat. – SUARA MERDEKA

(Visited 456 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button