Luar Negara

COVID-19: Indonesia catat 857 kes baharu, 43 lagi kematian

Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 38,000 dengan jumlah kematian sebanyak 2,134 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 857 kes positif baharu dicatatkan di seluruh Indonesia dengan 43 lagi kematian.

“Kes positif kini berjumlah 38,277 manakala sebanyak 13,574 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19,” katanya dalam sidang media harian mengenai COVID-19  yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 600 kes, diikuti provinsi Jakarta (555) , Jawa Barat (161), Kalimantan Selatan (125) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

— BERNAMA

 

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button