Hiburan

Cakap salah, tak cakap salah: Nora-Dr. Rushdi dalam dilema

PENYANYI Datuk Nora Ariffin mungkin hilang kesabarannya apabila perkahwinannya dengan Pensyarah Kanan dari Universiti Malaya (UM), Dr. Rushdi Ramli diperkotak katikkan seolah-olah pasangan ini orang muda yang baharu melayari bahtera rumah tangga.

Selepas Nora tampil memaklumkan bahawa dirinya sudah berkahwin dengan Dr. Rushdi baru-baru ini, timbul pula ayat-ayat sengal yang memburukkan imej pasangan ini dengan mendakwa kononnya mereka telah berkahwin sejak dua tahun lalu.

Tidak cukup setakat itu, dakwaan dilemparkan terhadap Nora, 48, kononnya memaksa suaminya itu menceraikan isteri pertama dengan kaedah menulis di atas sekeping kertas.

Kata Nora, individu yang berkenaan menyebarkan fitnah mungkin ada masalah dan bolehlah sama-sama dibantu individu tersebut.

“Saya menyeru kepada pencetus fitnah ini tampil bertemu secara empat mata. Saya ingin tahu apakah tujuan sebenarnya menyebarkan fitnah, tuduhan yang tidak tepat dan berasas ini.

“Lagipun ini adalah hal kehidupan saya dan saya mahu tahu tujuan sebenar peneybaran fitnah tersebut,” kata Nora.

Kalau pencetus fitnah iaitu individu berkenaan berani dan gentlemen, kata orang, dia sepatutnya menggunakan akaun dirinya yang sebenar. Bukan akaun palsu di media sosial.

“Kenapa gunakan media sosial dan akaun palsu untuk sebarkan fitnah? Alangkah baik kalau DM saya secara langsung. Apakah niat kamu yang sebenarnya (What’s your intention?).

“Kalau bertujuan untuk mencari kebaikan, saya sedia mendengarnya tapi kalau bertujuan untuk meruntuhkan perkahwinan saya, itu adalah hak suami saya.

“Hak mutlak seorang suami, tidak boleh dipaksa-paksa. Saya serahkan pada Allah SWT,” ujarnya dalam ruangan kapsyen Instagram (IG)nya.

Nora berkata, tujuannya berkongsi berita perkahwinannya dengan Dr. Rushdi yang juga sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi untuk pengetahuan umum adalah sebagai mengelakkan fitnah.

Namun mulut manusia memang suka bercakap dan menabur fitnah maka niat baik Nora tetap mahu disalah ertikan dan menimbulkan rasa tidak puas hati.

Individu yang pencetus fitnah sepatutnya bersangka baik dan tidak menyerang Nora seperti budak-budak berebut kekasih atau boyfriend.

Bertindak secara matang dan dewasa dalam menangani apa jua hal dan masalajh maka masyarakat akan lebih menghormati tidak kira anda di pihak mana.

Kata Nora, “perkahwinan tidak boleh dipaksa-paksa. Begitu juga dengan perceraian. Tidak ada seorang manusia pun yang berhak untuk memaksa orang lain bercerai tanpa sebab. Itu dosa besar.”

Sementara itu, Dr. Rushdi, suami baharu Nora turut menyifatkan tuduhan yang dilemparkan ke atas perkahwinan mereka sebagai satu fitnah dan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik mereka berdua.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyatan yang telah ditular (viral) pada saat ini yang bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan di antara saya dan Datuk Nora Ariffin adalah suatu fitnah, satu tohmahan yang berniat jahat dan buruk.

“Allahhuakbar, semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dan terhadap perkahwinan kami,” katanya menerusi satu kenyataan. – SM

(Visited 878 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button