Ekonomi

Caely Holdings Berhad umum peletakan jawatan dua ahli lembaga pengarah

Caely Holdings Bhd (Caely), pengeluar pakaian dalam wanita terkemuka, mengumumkan bahawa Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Datuk Seri Mazlan Lazim, dan  Azri Azerai, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan, telah meletak jawatan berkuat kuasa 25 April 2022 daripada lembaga pengarah.

 Mazlan mengucapkan terima kasih kepada lembaga pengarah kerana mengalu-alukan dan memberi beliau peluang untuk berkhidmat kepada Kumpulan.

“Saya berbesar hati dapat menerajui lembaga pengarah dan bekerja di samping rakan pengarah saya. Saya mendoakan yang terbaik kepada Kumpulan dalam usaha masa depan mereka,” katanya dalam kenyataan/

Sementara Azri berkata, beliau menyertai lembaga pengarah Caely dengan niat untuk membantu dalam pengembangan perniagaan sedia ada Kumpulan dengan memberikan perspektif dan membantu mencari peluang melalui rangkaian yang beliau miliki.

“Isu baru-baru ini yang timbul mungkin telah menjejaskan keupayaan saya untuk membantu Kumpulan dan saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lembaga pengarah dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Kumpulan dalam usaha mereka pada masa hadapan,” katanya.

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button