Nasional

SPRM laku siasatan pemilikan meragukan wang tunai bekas menteri

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka Kertas Siasatan bagi menjalankan siasatan terdapat pemilikan sejumlah besar wang tunai yang meragukan dipercayai milik seorang bekas menteri.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan tersebut dibuka selepas  menerima aduan berhubung pemilikan wang tunai tersebut seperti yang dilaporkan media.

“Berdasarkan aduan itu, Suruhanjaya ini telah membuka satu Kertas Siasatan bagi menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut di bawah Akta SPRM 2009,” kata kenyataan berkenaan.

SPRM bagaimanapun tidak mendedahkan nama bekas menteri tersebut.

[BACA ARTIKEL] Wang tunai RM250,000 hilang bukan milik PPBM – Syed Saddiq

Semalam media melaporkan bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membuat laporan polis berhubung kehilangan wang tunai berjumlah kira-kira RM250,000 di kediamannya dekat Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Syed Saddiq, polis dan ahli forensik sudah membuat siasatan di rumahnya sejak kelmarin.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau menyedari kehilangan wang tunai yang disimpan dalam peti besi di kediamannya, kira-kira jam 7 malam, Sabtu lalu.

“Kali terakhir saya membuka peti besi tersebut pada 13 atau 14 Mac lalu. Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah serta bilik adalah kemas,” katanya.

[BACA ARTIKEL] Syed Saddiq mahu TV3 mohon maaf, tajuk laporan jatuhkan imej,

Syed Saddiq turut menafikan laporan media bahawa wang tunai berkenaan milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau menuntut permohonan maaf daripada stesyen penyiaran TV3 berkaitan laporan berita bertajuk ‘Wang RM250,000 milik PPBM hilang dari kediaman Syed Saddiq’.

Menurut Ketua Armada Bersatu itu, laporan berita yang disiarkah hari ini itu terdapat kesalahan fakta yang serius pada tajuk berita tersebut.

Menurut Ahli Perlimen Muar itu, tajuk berita berkenaan telah mendatangkan akibat yang serius kepada
kredibiliti beliau sebagai pemimpin Armada dan parti Bersatu. Syed Saddiq mendakwa laporan berita itu juga telah menjatuhkan imej beliau dan mendatangkan fitnah oleh pihak ketiga.

Dan pihak TV3 telah membuat pembetulan dan permohonan dalam Buletin Utama pada pukul 8 malam pada hari yang sama. -SM

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button