Politik

Pas sambut baik cadangan gabungan besar

CADANGAN untuk menggabungkan parti dalam kerajaan seperti Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional disambut baik Pas sebagai parti komponennya.

Gabungan tersebut turut melibatkan parti-parti daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Cadangan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, itu dianggap sebagai usaha untuk kemenangan besar.

“Ia satu cadangan yang positif. Sehingga kini kita dapati majoriti kepimpinan bersetuju dengan cadangan itu.

“Cuma bagi merealisasikannya perlu masa sedikit. Apa lagi kita belum tahu bila PRU-15.”

Kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai usaha ke arah mengukuhkan lagi sokongan bagi membentuk kerajaan yang lebih stabil.

Bagaimanapun, gabungan tersebut masih belum mendapat respon yang positif daripada kepimpinan UMNO dan BN.

Pas sebelum ini bersama UMNO dan membentuk Muafakat Nasional (MN) selepas satu piagam dimeterai antara kedua-dua parti itu.

Namun, pada Mac lalu, Pas bersama UMNO, Bersatu serta GPS dan parti-parti dari Sabah membentuk kerajaan selepas Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Pas kemudian menyertai PN yang didaftarkan sebagai sebuah parti menjadikan statusnya dengan MN agak mengelirukan kerana, mereka dan UMNO mahu MN didaftarkan sebagai sebuah parti.

Walau bagaimanapun, mengenai persediaan menghadapi PRU-15, Pas masih belum tentukan sama ada mereka akan menggunakan logo parti sendiri atau PN.

Katanya, hal tersebut akan ditentukan sebaik sahaja tarikh PRU-15 ataupun Parlimen dibubarkan.

“Bila hujan turun baru kita buka payung. Kita akan bertanding dan masih bertanding,” katanya.

Tambah Hadi, perbincangan juga akan diadakan bersama MN dan PN bagi menentukan agihan kerusi dan kawasan yang akan ditandingi Pas. – SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button