Politik

Cadangan Azhar Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat janggal

Cadangan Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu adalah amat janggal.

baru
Azhar Azizan Harun

Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil mendakwa Azhar Azizan yang merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya adalah lantikan pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan.

Justeru menurut beliau, jika benar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin melantik Azhar Harun sebagai Sepaker Dewan Rakyat ia akan dilihat sebagai mahu mendapatkan sokongan ahli Parlimen pembangkang.

“Jika ini benar, ia adalah sesuatu cadangan yang janggal kerana Azhar Harun adalah lantikan Dr Mahathir dan PH dahulu dan sememangnya penyokong tegar PH.

“Satu sebab yang berkemungkinan besar adalah kerana pihak YAB Tan Sri dan kerajaan ingin mendapatkan sebahagian undian daripada ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang (PH) apabila undian dibuat di Parlimen untuk melantik Speaker dan Timbalan Speaker apabila Parlimen bersidang pada bulan depan.

“Ini untuk memastikan supaya kerajaan memenangi undian di Parlimen tersebut,” kata Isham.

Justeru beliau meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai desas desus cadangan melantik Azhar Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Dengan segala hormat, tanpa prejudis dan dengan hati yang terbuka dan ikhlas saya ingin bertanya: Adakah YAB Perdana Menteri tidak yakin yang kerajaannya akan mendapat cukup undi di Parlimen sehingga perlu melantik Speaker yang berkecondongan pembangkang (PH)?

“Mohon YAB Tan Sri memberi pencerahan dengan ikhlas dan hati yang terbuka juga,” kata Isham.

Media hari ini telah melaporkan Azhar telah meletakkan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Beliau dilaporkan telah ditawarkan untuk jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Mengikut laporan The Malaysian Insight, Azhar telah menyerahkan surat peletakan jawatannya semalam.-SM

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button