Nasional

Cabul wanita, polis bantuan ditahan

SEORANG anggota polis bantuan ditahan kerana dipercayai mencabul seorang wanita berusia 19 tahun pada 30 Julai lalu.

Difahamkan, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah stesen transit aliran ringan (LRT) di Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek telah menawarkan dirinya untuk menemani mangsa atas dasar keselamatan.

“Suspek juga telah mengajak mangsa untuk duduk di tangga stesen berkenaan dan mula berbual dengannya.

“Suspek didakwa memaksan mangsa untuk bersalam tangan sebelum beredar dan bertindak menyentuh bahagian dada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek telah melarikan diri dan menceritakan apa yang berlaku kepada keluarganya di rumah sebelum laporan polis dibuat.

Jelasnya, susulan laporan tersebut, seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga suspek utama kes tersebut telah ditahan di sebuah stesen LRT.

“Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang anggota polis bantuan yang bekerja di stesen tersebut.

“Suspek juga telah mengaku bertemu dengan mangsa tetapi menafikan bahawa dia telah melakukan perbuatan cabul,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. -SM

(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button