Nasional

Acara Mewarna Batik Teramai’ direkodkan oleh The Malaysia Book of Records

SAMBUTAN Hari Batik Malaysia 2022, pada kali ini mempunyai kelainan iaitu, ‘Acara Mewarna Batik Teramai’ yang direkodkan di dalam The Malaysia Book of Records, bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, hari ini.

Turut sama diadakan ialah Program Malaysia Membatik dengan pelbagai pengisian seperti Eksplorasi Kraf, Ekspresi Kraf Batik, Jualan Produk Kraf Batik, Pameran Kraf, Pameran Institut Kraf Negara (IKN), Craftganza, Zumbatik, Demonstrasi serta Interaktif Kraf dan Persembahan Kesenian.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia menganjurkan Majlis Sambutan Hari Batik Malaysia 2022.

Hari ini merupakan acara kemuncak kempen ‘‘Ini Batik Malaysia’ yang sudah dijalankan sejak 1 Julai 2022, hebahan kempen tersebut dijalankan di media di media sosial, media massa dan melalui Parlimen Malaysia.

Malah di jabatan kerajaan dan pusat beli-belah terpilih dan lokasi tumpuan pengunjung di seluruh negara.

Dalam pada majlis itu, Seramai 2,000 orang peserta daripada sekolah rendah dan menengah, sekolah antarabangsa serta Institut Pengajian Tinggi menyertai acara ini yang diadakan secara serentak di Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri seluruh negara termasuklah di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Aktiviti ini memberi pendedahan dan pemahaman kepada peserta berkaitan teknik, proses dan reka corak batik Malaysia.

Para peserta berpeluang mewarnai reka corak batik mengikut kemahiran, kreativiti serta idea masing-masing dalam menghasilkan batik yang menarik melalui pelbagai warna.

Kraftangan Malaysia turut melancarkan logo Batik Malaysia yang merupakan jenama produk batik dihasilkan oleh usahawan kraf berdaftar ia merupakan satu inisiatif Kraftangan Malaysia bagi menonjolkan keaslian produk batik dari negara ini.

MOTAC juga berharap penganjuran program sebegini dapat menyemarakkan lagi kepada orang ramai terutamanya pada generasi muda supaya cintakan seni kraf warisan batik-SM. 

(Visited 373 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button