NasionalPolitik

Pejuang kalah semua: Tun M pilih tulis buku sejarah dan aktiviti dalam negara

TIGA kali jadi Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedih dengan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun akur dan terima pilihan rakyat yang menolak parti dan calon Pejuang yang bertanding.

Tun Mahathir berkata, beliau berharap pihak yang menang akan mendirikan Kerajaan Malaysia iaitu Kerajaan Persekutuan.

“Oleh kerana Pejuang kalah semua 125 kawasan yang dipertandingkan, Pejuang tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam dewan,” kata Tun Mahathir dalam satu kenyataan.

Katanya, segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksa digugurkan.

Kata Tun Mahathir lagi, apa yang boleh dilakukan oleh Pejuang ialah melihat ke arah manakah pemerintahan pihak yang menang.

“Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi Kerajaan Malaysia akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara,” ujar beliau.

Beliau berkata, mahu menumpukan kepada penulisan mengenai sejarah dan aktiviti dalam negara selepas partinya tewas.

“Saya sendiri akan menumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara.

“Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara, belum pun direkodkan termasuk apa yang berlaku di zaman British,” katanya. – SM

(Visited 272 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button