Nasional

Segerakan kelulusan permohonan pekerja asing – MPN

PENGERUSI mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) gesa Kementerian Sumber Manusia dan pihak berkaitan supaya disegarakan kelulusan permohonan bagi pekerja asing dengan mengurangkan karenah birokrasi, mempermudah dan menambahbaik proses kelulusan bagi menampung keperluan pekerja oleh industri-industri yang mendesak.

Tan Sri Muhyiddin Muhammad Yassin berkata ketika sidang media selepas mesyuarat MPN, majlis turut menyedari keluhan dan kerugian yang dialami pengusaha industri terutamanya dalam sektor perladangan, perkilangan dan perkhidmatan akibat kekangan tenaga kerja yang mendesak setelah ekonomi dibuka sepenuhnya.

Jelasnya, MPN mengambil maklum terdapat penurunan ketara jumlah tenaga kerja asing sebanyak lebih 20 peratus sejak pandemik Covid-19.

“Cabaran besar mereka tidak mempunyai pekerja yang mencukupi untuk industri berjalan dengan lancar, oleh itu majlis cadang pihak kementerian kenal pasti sektor paling terjejas bagi memastikan sektor ini tidak ketinggalan” katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) berarak keluar selepas tamat mesyuarat MPN.

Kerajaan pada 15 Februari 2022 telah memberi kebenaran permohonan pengambilan pekerja asing bagi semua sektor namun hanya 163 dari 4,561 permohonan kuota pekerja asing telah diproses sehingga kini.

“Sebagai langkah jangka pendek, Majlis cadang supaya kelulusan bersyarat boleh diberikan kepada permohonan yang sedang diproses untuk menyegerakan bekalan tenaga kerja asing kepada sektor-sektor yang terjejas.

“Dalam jangka masa panjang, Majlis berpandangan isu struktural kekurangan tenaga kerja dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing perlu ditangani secara menyeluruh” jelasnya.

Katanya, dalam kemelut Covid-19 golongan pelajar dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam isu ketinggalan dan keciciran pelajaran serta penjagaan kanak-kanak.

Justeru MPN telah memberi pertimbangan dan menyokong cadangan yang dibentangkan bagi menangani isu berkenaan. – SM

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button