Rencah Hidup

Agong santai makan roti tempayan di gerai

TANPA sebarang protokol dan penuh santai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah kelihatan sangat menikmati santapan roti tempayan di sebuah gerai di Pekan, Pahang bersendirian.

Al-Sultan Abdullah kelihatan begitu selesa duduk di atas bangku plastik dan makan masakan yang dihidang dalam pinggan dan mangku yang disediakan digerai tersebut.

Baginda dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Sungai Soi, Pahang,

Gambar Yang di-Pertuan Agong sedang santap itu dikongsi di Facebook Istana Negara. Kelihatan dalam gambar tersebut terdapat dua orang lelaki juga sedang menikmati makanan.

“Budak dua orang tu perasan ke tak Agong tengah bersantap kat belakang tu. Hihihi. Dapat tegur sekejap pun syok dah bagi saya,” komen Ridhuan Abdullah.

“How can people sit next to Tuanku so relax? If i were them will be very excited,” kata Loy Kew Sing.

“Sempoinya raja pemerintah negeri kami, Dirgahayu Tuanku,selamat bersantap alas perut sebelum menabur jasa dan budi untuk asnaf,” komen Ahmad ByehaQi .

“Untuk rakyat Malaysia pasti suatu perkara yang pelik bila tengok situasi ni. Kalau orang Pahang memang dah biasa sangat Tuanku datang kedai makan tanpa protokol. Dirgahayu Tuanku,” kata Iwan Arasaad.

“Walaupun baginda seorang raja. tetapi sifat tawaduk baginda membuatkan saya bertambah hormat kepada baginda. Daulat Tuanku,” komen Abdul Pazeli

“Macam sedap je Tuanku makan kedai mana tu. Nak pergi beli,” tanya Ros Asmah Zahari.

“Rasanya kalau YDPA sambung meja dengan dia orang tu mau pengsan dia orang,” komen Jihad Bin Abdul Rahman.

Menurut Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat menyantuni golongan yang memerlukan di daerah Pekan, Pahang.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian kepada keluarga Zahara Abdul Karim di Jalan Rompin Lama, Pekan, Pahang hari ini.  Baginda turut berkenan meletakkan bata di rumah Zaleha yang baru dibina semula.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke Daerah Pekan adalah bersempena Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih, anjuran bersama MUIP.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda mencerminkan keperibadian tinggi menyantuni golongan asnaf dan keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap kebajikan golongan-golongan yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup mereka.-SM

 

(Visited 1,174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button