Luar Negara

ByteDance tak jadi jual TikTok pada Microsoft

SAH tidak akan dijual. Syarikat pemilik aplikasi perkongsian video TikTok, ByteDance mengambil keputusan tidak akan menjual sebarang data menerusi mana-mana rundingan pembelian dengan syarikat teknologi Microsoft Corp.

ByteDance juga membuat keputusan tidak akan memindahkan apa-apa data kepada Microsoft Corp.

Keputusan itu dimaklumkan oleh pihak Microsoft Corp menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasmi mereka semalam.

“ByteDance ingin memaklumkan hari ini bahawa kami tidak akan menjual pengoperasian TikTok Amerika Syarikat kepada Microsoft.

“Sehubungan itu, kami yakin cadangan adalah untuk kebaikan kebaikan pengguna TikTok tanpa mengetepikan keselamatan negara,” katanya.

Bagi melaksanakan ini, kami akan membuat perubahan yang signifikan demi memastikan perkhidmatan itu memenuhi standard tertinggi keselamatan, privasi, keselamatan dalam talian dan memerangi maklumat salah, katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka juga menjelaskan prinsip-prinsip yang disenaraikan di atas dengan jelas dalam pernyataan bulan lepas.

“Bagaimanapun, kami berharap dapat melihat bagaimanakah nanti perkhidmatan ini berkembang di kawasan-kawasan penting,” katanya.

Presiden Amerika, Donald Trump baru-baru ini mengumumkan kerajaannya akan mengharamkan platform media sosial TikTok di Amerika.

Beliau mendakwa aplikasi TikTok itu boleh mengancam keselamatan negara kerana hubungan ‘developer’ TikTok dengan Beijing, China.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Corp, Satya Nadella telah mengorak langkah menghubungi Presiden Amerika itu bulan lepas bagi menyelamatkan usaha syarikat, membeli pengoperasian TikTok di Amerika serta di beberapa negara lain.

Untuk rekod, rundingan bagi pembelian aplikasi itu bagaimanapun perlu diselesaikan selewat-lewatnya pada esok (15 September) oleh pentadbiran Trump.

Sementara itu, memetik laporan South China Morning Post, sumber memberitahu, terdapat sokongan di Beijing untuk mengecualikan algortima dalam penjualan TikTok.

Hal ini kerana, jelas sumber yang terlibat dalam pengendalian syarikat ByteDance, ByteDance boleh menjual pengoperasian TikTok tetapi bukan algoritmanya.

Pengecualian algoritma juga akan memaksa bakal pembeli termasuk sebuah consortium yang diketuai oleh Microsoft, mempertimbangkan semula rancangan pembelian dan penilaian.

“Secara teori, Amerika boleh menyalin algoritma tetapi ia memerlukan waktu bagi pengguna untuk membiasakan diri dengan algoritma yang disalin,” kata sumber berkenaan. – SM

(Visited 170 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button