KemalanganNasional

Wanita maut tergelincir ketika rakam gambar di ‘Blue Lagoon’ Johor

SEORANG wanita maut selepas tergelincir dari tebing tasik setinggi 23 meter ketika cuba merakam gambar pemandangan di Tasik Biru Kangkar Pulai atau ‘Blue Lagoon’di Johor Bahru, petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Mohd Riduan Akhyar, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.06 petang.

Riduan berkata, sebuah jentera bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta kenderaan pacuan empat roda dihantar ke lokasi kejadian dengan kekuatan 11 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Suraini Adnan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai.

Katanya, siasatan mendapati seorang wanita, V Aruna, 25, terjatuh akibat tergelincir dan suaminya memaklumkan kejadian berlaku ketika mangsa cuba merakam gambar di situ.

“Difahamkan, suami mangsa hadir sama ketika mereka melakukan aktiviti mendaki.

“Anggota bomba menemukan mangsa di sekitar kawasan anak sungai dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 5.08 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan tasik yang terletak bersebelahan sebuah kuari itu adalah kawasan larangan.

Bagaimanapun ia menjadi tarikan dalam kalangan penggemar aktiviti mendaki dan tidak menghiraukan keselamatan diri untuk melihat pemandangan indah di kawasan tersebut. – SM

(Visited 524 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button