Sukan

Hyperrich juara Kejohanan Futsal Piala Menteri anjuran YADIM

YADIM perjelas isu tiada masalah tidak tutup aurat, segalanya mengikut syariat

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini telah menganjurkan Futsal Piala Menteri sempena Bulan Dakwah 2.0 YADIM dan Aspirasi Keluarga Malaysia di Uptown Sports Bangi. Walau bagaimanapun ada di antara pasukan yang menapilkan pemain yang tidak menutup aurat.

YADIM tampil memberi penjelasan bahawa pasukan tersebut adalah pasukan yang pemainnya terdiri daripada mereka yang bukan Muslim. Jesteru tiada masalah tidak menutup aurat dikalangan pesukan Muslim dan perjalanan pertandingan futsal tersebut mengikut syariat.

Menurut salah seorang dari pemain pasukan tersebut, apabila diberitahu untuk sertai kejohanan ini perlu tutup aurat, mereka tiada masalah dengan syarat tersebut.

“Kami juga faham peserta Muslim perlu berhenti untuk tunaikan solat, ini juga kesempatan untuk yang lain berehat, ia baik untuk semua,” kata Naavin Krishnan, Kapten pasukan Hyperrich juara kejohanan Futsal Piala Menteri sempena Bulan Dakwah 2.0 YADIM

Menariknya, Hyperrich merupakan pasukan bukan Muslim dari Petaling Jaya yang menyertai kejohanan di sini hari ini. Mereka berjaya menewaskan Junior FT dari Gombak, 4-3 di perlawanan akhir menerusi sepakan penalti.

Naavin

Dalam pada itu, Naavin berkata, syarat syarat pertandingan dianjurkan YADIM itu sebenarnya mempromosikan keharmonian antara kaum di negara ini, apabila ia menyelitkan unsur bertolak ansur antara satu sama lain.

“Kami sebenarnya rancang untuk hantar pasukan veteran juga, namun atas beberapa sebab mereka tak dapat sertai pada saat akhir,” jelasnya.

Kejohanan futsal pertama kali seumpamanya ini disertai 23 pasukan dari seluruh negara termasuk agensi kerajaan, institusi tahfiz dan sebagainya. Selain futsal, turut dianjurkan ialah acara memanah dan bowling sebelum ini.

Ketua Eksekutif YADIM melalui media sosial rasmi mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak pihak yang menjayakan program tersebut seperti petugas kesihatan, RELA dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. – SM

(Visited 361 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button