Nasional

Kes baharu Covid melebihi 4,000 semula, kematian 10

SELEPAS beberapa hari kes harian Covid-19 di bawah 4,000 kes hari ini ia naik semula kepada 4,094 kes berbanding 3,680 kes semalam dan 3,585 kes kelmarian.

Jumlah kes sembuh pula berjumlah 3,281 kes berbanding 1,854 kes semalam.

Manakala kes kematian meningkat kepada 10 kes selepas turun 7 kes semalam. Sembilan kes kematian hari ini melibatkan warganegara dan satu kes pula bukan warga negara. Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 717 kes.

Kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) masih lagi tinggi iaitu 303 kes namun berkurangan  berbanding 314 kes semalam.

Jumlah kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan bagaimanapun berkurangan dari 122 kes semalam turun kepada 118 kes hari ini.

Ketika ini keseluruan kes aktif yang memerlukan rawatan meningkat kepada 43,192 kes hari ini berbanding 42,389 kes semalam dan 40,574 kes kelmarin.-SM

(Visited 174 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button