Politik

Perak: Keputusan Bersatu berdasarkan ketetapan PN, Pas

SEMUA keputusan yang bakal diambil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak hanya akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional terutama Pas.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga menegaskan parti itu akan terus memperkukuhkan kerjasama dengan Pas.

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengambil keputusan tersebut selepas parti itu kesal dengan Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan Undangan yang dikemukakan terhadap Datuk Seri Faizal Azumu Jumaat lepas.

Usul tersebut dicadang oleh ADUN UMNO namun tidak disokong oleh UMNO dalam sidang DUN sehingga Faizal Azumu gagal mendapat keyakinan majoriti untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Perak.

“MPT sekali lagi menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri
Besar Perak yang diusulkan oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

“Berikutan itu, MPT sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara Bersatu dan Pas melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri,” kata Hamzah.

Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul tersebut hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali

Mesyuarat yang bermula sekitar 6 petang tadi dipercayai tamat sekitar jam 8 malam tadi di pejabat PN di Publika hari ini.

Turut hadir, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun ianya telah dijalankan secara tertutup tanpa sebarang kehadiran media.

“Semua keputusan yang bakal diambil Bersatu berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan Perikatan Nasional terutama PAS yang terlibat secara langsung,” tegas Hamzah.-SM

 

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button