Nasionalpilihan

Pencarian kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia memasuki fasa kedua

SERAMAI 21 Penyelam Penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terlibat dalam fasa kedua pencarian kotak hitam helikopter AW139 milik Agensi ini yang telah melakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa pada 5 Mac lalu.

Pencarian kali ini memfokuskan keluasan lokasi kotak hitam berkenaan antara 50 sehingga 100 meter radius berpandukan signal daripada pinger.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kotak hitam berkenaan dipercayai berada di sekitar 700-800 meter dari kawasan pendaratan cemas helikopter tersebut.

Mengikut laporan yang diterima, para penyelam berhadapan kesukaran untuk mencari kotak hitam berkenaan akibat keadaan arus deras di dasar laut selain jarak penglihatan di dalam air yang terhad akibat dasar laut yang berlumpur.

Walau bagaimanapun pihak Maritim Malaysia positif akan menjumpai kotak hitam berkenaan dalam masa terdekat berdasarkan kedudukan terkini kotak tersebut dikesan.

Selain penyelam penyelamat Maritim Malaysia, misi pencarian ini turut melibatkan kru sonar PHN TLDM, Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dan pihak penyedia perkhidmatan pesawat Maritim Malaysia iaitu Galaxy (M) Sdn Bhd.

Fasa pertama pencarian kotak hitam pesawat berkenaan telah dilaksanakan bermula 6 Mac hingga 24 Mac lalu dengan lokasi tumpuan adalah di sekitar 1 kilometer radius di kawasan helikopter terbabit melakukan pendaratan cemas. – SM 

Artikel berkaitan > Helikopter AW139 Maritim Malaysia berjaya dibawa naik

(Visited 18 times, 18 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button