Hiburan

Komposer Rosli Selasih dikejarkan ke hospital

KOMPOSER yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air, Rosli Selasih, 59, dikejarkan ke hospital kelmarin kerana kencing manis atau diabetes yang dihidapinya terlalu tinggi. Rosli kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Menurut perkongsian yang dimuat naik di media sosial Facebook, isterinya, Rijja Roza memaklumkan, suaminya turut menghadapi masalah kesihatan darah berasid.

Menitipkan perasaan gundah dan bimbang terhadap kesihatan suaminya, Rijja berkata, semoga cinta hatinya itu cepat sembuh dan kuat dalam menghadapi keadaan ini.

Catat Rijja, “Ayang dan anak-anak sentiasa mendoakan dan menunggu abang.”
Menurut Rijja lagi, sejak mereka berkahwin, inilah kali pertama beliau berjauhan dengan suaminya itu dan terasa rindu yang teramat sangat.

“Aku bermohon kepada Mu Ya Allah, sembuhkanlah suamiku. Kembalikanlah suamiku ke sisiku serta anak-anak,” catat Rijja. Untuk rekod, antara lagu ciptaan Rosli Selasih ialah Cinta Untuk Nabila.

Sementara itu, wartawan SUARA MERDEKA menghubungi Rijja dan beliau memaklumkan kondisi terkini suaminya.

“Keadaan abang Rosli ada perubahan yang baik dan abang juga ketika dibuat ujian Covid-19, hasil ujiannya adalah negatif. Syukur Alhamdulillah.

“Saya menunggu panggilan daripada pihak hospital untuk perkembangan abang selanjutnya kerana dalam keadaan sekarang, kita tidak boleh berada di hospital dan menunggu,” kata Rijja yang berada di rumah.

Tambah Rijja lagi, beliau amat merindui suaminya yang amat dikasihi kerana sejak berkahwin, pasangan ini tidak pernah berpisah bahkan baju yang dipakai, juga sedondon. Cuma apabila diuji dengan tahap kesihatan Rosli, Rijja perlu kuat.

Semoga Rosli Selasih berada di bawah lindunganNYA dan kembali sihat. – SM

(Visited 2,093 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button