Nasional

Tak patuh SOP, Najib disiasat

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disiasat oleh pihak polis kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur, semalam.

Ia berdasarkan satu video yang tular yang memperlihatkan Najib tidak melakukan imbasan suhu dan tidak mendaftar MySejahtera ketika masuk ke restoran berkenaan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

“Semua individu dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kertas siasatan berhubung perkara tersebut akan diserahkan ke pejabat Pendakwa Raya sebaik siasatan selesai dijalankan.

Video satu minit 39 saat itu menunjukkan Najib kelihatan masuk ke restoran berkenaan tetapi tidak mengimbas imbasan suhu dan tidak mendaftar MySejahtera.

(Visited 161 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button