Bola SepakSukan

Peminat Manchester United hidu serbuk putih sewaktu tunjuk perasaan

PENUNJUK perasaan yang berlari mengelilingi Old Trafford bersama bendera sudut padang Manchester United didapati menghidu serbuk putih yang meragukan.

Peminat berkenaan yang mencuri tiang bendera tersebut dilihat sedang menghidu bahan yang meragukan sewaktu berada di luar stadium dengan meletakkan serbuk pada penghujung tiang itu.

Selepas kelihatan menyedut sejenis serbuk, lelaki tersebut kemudiannya mengibarkan bendera yang tertera lambang kelab dan kemudian menjerit ‘United’ sambil ketawa di hadapan kamera.

Video tersebut kemudian dikongsi menerusi platform Snapchat dengan menyertakan emoji ketawa beserta kapsyen yang dibaca: “Lucutkan bendera.”

Dalam insiden menunjuk perasaan yang membabitkan 1,000 peminat berhimpun di luar stadium bagi membantah pemilik kelab, keluarga Glazer yang berpangkalan di Amerika Syarikat, selepas kegagalan mereka mewujudkan Liga Super Eropah.

Kira-kira 100 peminat menceroboh masuk ke padang. Sementara sekumpulan peminat yang lain berhimpun di perkarangan hotel di mana pemain United menginap.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool terpaksa ditangguhkan gara-gara insiden tersebut.

Polis berkata, enam pegawai mengalami kecederaan, termasuk seorang ditimpa retak soket mata manakala seorang lagi wajahnya dilibas dengan objek tajam.

Penolong ketua konstabel, Russ Jackson berkata: “Kami menghormati hak untuk berhimpun secara aman. Tetapi rata-rata penyokong cukup jelas tiada niat untuk berbuat demikian.”

United menafikan dakwaan bahawa staf mereka yang membuka pintu masuk stadium untuk penunjuk perasaan dan menegaskan, peminat yang bertindak sendiri menceroboh masuk ke padang.

Perdana Menteri, Boris Johnson, yang menentang Liga Super diperkenalkan berkata: “Saya tidak fikir ia satu idea yang baik untuk menunjukkan tingkah laku yang menggugat ketenteraman awam.

“Tetapi saya memahami perasaan seseorang jika tidak berpuas hati.” – The Sun – SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button