Ekonomi

Bursa Malaysia menolak rayuan AirAsia dari diklasifikasikan sebagai syarikat PN17

PERMOHONAN AirAsia Group Bhd gagal untuk melanjutkan tempoh pelepasan daripada diklasifikasikan sebagai syarikat Amalan Nota 17 (PN17) setelah ditolak oleh Bursa Malaysia.

Menurut syarikat penerbangan tambang murah tersebut, permohonan telah dikemukakan kepada Bursa Malaysia untuk melanjutkan tempoh pelepasan ini selepas 7 Jan 2022 dan rayuan susulan keputusan Bursa Malaysia terhadap permohonan tersebut..

“Lembaga pengarah ingin memaklumkan bahawa selepas pertimbangan wajar semua fakta dan keadaan termasuk semua representasi bertulis dan dokumen yang dikemukakan di hadapan Bursa, Bursa telah memutuskan untuk menolak rayuan itu,” kata AirAsia.

Sebelum ini, kumpulan itu dikehendaki menilai semula kaadaannya semasa berakhir tempoh pelepasan menurut pekelilingBursa mengenai Langkah Pelepasan Tambahan pada 16 April 2020 dan 17 Februari 2021.

AIRASIA


Langkah pelepasan tambahan telah diumumkan pada 16 April 2020 dan menurut Bursa Malaysia, syarikat yang mencetuskan sebarang kriteria yang digantung antara 17 April 2020 dan 30 Jun 2021 tidak akan diklasifikasi sebagai syarikat PN17 atau GN3 untuk tempoh 12 bulan.

Ia bertuajuan memberikan fleksibiliti yang lebih luas kepada syarikat tersenarai yang terjejas untuk memberi tumpuan dalam mengekalkan perniagaan dan operasi di samping menguruskan kededekan kewang mereka.

AirAsia menambah bahawa pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat berhubung perkara ini. – SM

(Visited 68 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button