Ekonomi

Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat, ditutup hampir 16 mata lebih tinggi

BURSA Malaysia meneruskan aliran meningkatnya naik ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan pada Khamis dengan indeks komposit petunjuk pasaran melonjak ke paras 1,585.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 15.94 mata kepada 1,585.74 daripada paras penutup 1,569.80 pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 0.92 mata kepada 1,570.72, yang juga merupakan paras terendah bagi hari ini dan meningkat sehingga setinggi 1,590.91.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 580 berbanding 506, manakala 419 kaunter tidak berubah, 747 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 4.38 bilion unit bernilai RM3.25 bilion berbanding 4.55 bilion unit bernilai RM2.89 bilion pada Rabu.

Bursa Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan mengatasi kebanyakan bursa Asia lain seperti Hong Kong, China, Korea Selatan dan Indonesia yang mencatatkan penurunan.

Jangkaan pengumuman barisan menteri kabinet turut memberi keyakinan dalam kalangan pelabur terhadap kepimpinan Malaysia.

Pada masa yang sama Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (Fed) dijangka tidak akan memberi bayangan pengurangan program pembelian aset semasa simposium Jackson Hole pada Jumaat ini memandangkan peningkatan penularan varian Delta,” katanya.

Sime Darby adalah saham yang mencatatkan prestasi terbaik dalam kalangan 30 syarikat dalam FBM KLCI apabila merekodkan peningkatan 5.8 peratus sepanjang hari dagangan manakala Indeks Perladangan Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi dalam kalangan indeks sektor selepas meningkat sebanyak 1.6 peratus.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby meningkat 13 sen kepada RM2.39, Maybank naik 12 sen kepada RM8.45, Press Metal menokok 16 sen kepada RM5.40, Public Bank menambah enam sen kepada RM4.16 dan Petronas Dagangan melonjak 78 sen kepada RM19.80.

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button