Nasional

600,000 peluang pekerjaan disediakan melalui Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2020

INISIATIF JaminKerja Keluarga Malaysia bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera menyediakan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan RM4.8 bilion bagi tahun ini.

Majlis Pelancaran Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan (kiri) dan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul di Majlis Pelancaran Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2020 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan juga komited membantu bukan sahaja golongan pencari kerja tetapi golongan majikan khususnya usahawan dalam mencipta peluang pekerjaan melalui Inisiatif Semarak Niaga bernilai RM40 bilion.

“Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia merangkumi tiga program utama iaitu Inisiatif Penggajian, Inisiatif Latihan dan Penempatan Jangkapendek atau MySTEP dan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran atau Upskill Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Insentif Penggajian yang akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyediakan 300,000 daripada 600,000 peluang pekerjaan.

Manakala MyStep pula, kata Ismail Sabri, menawarkan 80,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam, syarikat milik kerajaan (GLC) dan rakan-rakan strategik serta JaminKerja.

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat meluangkan masa beramah mesra dengan pencari kerja yang hadir pada Pelancaran Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2020.

Sementara Program Jamin Kerja, ujar Ismail Sabri, adalah Instentif penggaian yang akan memberi tumpuan kepada usaha merangsang para majikan untuk membuat pengambilan pekerja terutamanya dalam kalangan individu yang tidak aktif bekerja.

“Ini dirujuk kepada golongan pencari kerja, rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), bekas banduan, warga emas serta golongan wanita yang menganggur bagi tempoh berpanjang,” katanya.

Perdana Menteri menggalakkan para majikan di luar sana, selepas menerima insentif  bagi pengambilan pekerja, pencari kerja boleh menggunakan Portal MYFutureJobs bagi mendapatkan padanan pekerjaan selain mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Ismail Sabri turut menjelaskan, majikan yang layak menerima bantuan kewangan diberi insentif 20 sehingga 40 peratus daripada gaji kasar maksima pekerja iaitu RM10,000 untuk tempoh selama setahun.

“MYStep menyasarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak yang merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan selebihnya, dalam GLC bagi tahun ini,” kata Perdana Menteri.

Dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.7 bilion, program MYStep ini, kata Ismail Sabri, MYStep yang akan diterajui oleh LAKSAN di bawah Kementerian Kewangan, akan melaksanakan kolaborasi strategik dengan lain-lain agensi-agensi kerajaan. – SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button