Nasional

Polis temukan wang RM1.4 juta di rumah bekas pegawai bank

WANG berjumlah RM1.4 juta ditemukan selepas polis menyerbu sebuah rumah teres di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.15 petang itu, sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian atas talian turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki itu ialah warga asing berusia 31 tahun manakala isterinya punya, seorang warga tempatan berusia 27 tahun.

“Ketika serbuan itu, kita telah menemukan sebuah peti besi dan terpaksa memanggil bomba untuk membukanya peti tersebut yang mengandungi wang tunai berjumlah RM1.4 juta.

“Selain itu, kita turut merampas tujuh komputer riba yang dipercayai digunakan dalam jenayah berkaitan bitcoin,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Menurut Nik Ezanee, soal siasat terhadap kedua-dua suspek telah membawa kepada serbuan kedua serta berjaya menahan seorang lelaki dan wanita warga asing yang berusia 31 dan 30 tahun.

Ketika serbuan dilakukan, kedua-duanya sedang menggunakan laptop yang disyaki bertujuan untuk melanjalan pelaburan atas talian serta perjudian.

“Kedua-dua suspek juga mengaku bekerja sebagai penyelia laman web pelaburan serta perisian perjudian dalam talian,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama empat hari di bawah Seksyen Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. -SM

(Visited 522 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button