Ekonomi

Bursa dibuka rendah seiring dengan pretasi lemah Wall Street

BURSA MALAYSIA dibuka tinggi pada hari ini sebelum menyusut dalam beberapa minit, menjejaki prestasi Wall Street yang lebih lemah berikutan perang yang sedang berlaku di Ukraine manakala kenaikan kadar faedah AS dilihat mungkin terus membelenggu sentimen keseluruhan.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FBM KLCI telah susut 2.77 mata kepada 1,584.59 daripada 1,587.36 pada penutupan Khamis. Indeks dibuka 0.93 mata lebih tinggi pada 1,588.29.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 234 berbanding 99, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,674 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung. Jumlah dagangan berjumlah 180.92 juta bernilai RM78.86 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata sentimen keseluruhan dilihat kekal berhati-hati kerana kekurangan pemangkin.

“Oleh itu, kami mengujurkan indeks berlegar dalam julat 1,580-1,595 hari ini. Sementara itu, minyak mentah Brent berkurangan kepada AS$107 (kira-kira RM450.63) setong berikutan berita Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan menambah bekalan,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran tempatan pula, antara saham wajaran tinggi utama Bursa, Malayan Banking Bhd (Maybank) turun satu sen kepada RM8.93, Public Bank Bhd dan IHH Healthcare Bhd masing-masing memotong dua sen kepada RM4.65 dan RM6.18, dan Petronas Chemicals Group Bhd susut lima sen kepada RM9.55.

BURSA

Sementara itu, Nestlé (Malaysia) Bhd menokok 50 sen kepada RM134.10, PPB Group Bhd meningkat 10 sen kepada RM17.20 dan Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) menambah empat sen kepada RM25.24, manakala Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Axiata Group Bhd kekal pada RM9 dan RM3.79 masing-masing.

Bagi saham aktif, Pappajack Bhd meningkat 7.5 sen kepada 37.5 sen, MQ Technology Bhd, Vinest Capital Holdings Bhd dan Jade Marvel Group Bhd turun setengah sen masing-masing pada 4.5 sen, 23 sen dan 79.5 sen, manakala TWL Holdings Bhd naik setengah sen kepada 7.5 sen.

Di papan indeks, FBM 70 susut 34.29 mata kepada 13,819.18, Indeks FBMT 100 susut 21.18 mata kepada 11,044.93, Indeks FBM Emas menguncup 23.26 mata kepada 11,364.06 dan Indeks FBM Emas Syariah kerugian 33.04 mata menjadi 11,910.31. Bagaimanapun, Indeks FBM ACE naik 0.80 mata kepada 5,619.62

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.30 mata kepada 205.14, manakala Indeks Perladangan menyusut 19.79 mata kepada 7,933.19, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 1.96 mata kepada 16,780.55. – SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button