Politik

Najib saran DAP guna duit kutipan beli pelitup muka untuk rakyat

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan sebahagian daripada sumbangan untuk membayar jaminan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng digunakan untuk membeli pelitup muka untuk diberikan kepada rakyat.

Saranan itu dibuat selepas DAP mengemukakan petisyen mendesak kerajaan mengurangkan bayaran denda daripada RM1000 kepada RM250 terhadap mereka yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

“Jika masalahnya ialah harga mask terlalu tinggi, kerajaan PN telah turunkan harga siling mask dua kali ke RM1.00 sekeping.

“Jika masih fikir harga RM1.00 sekeping terlalu tinggi, suruh Guan Eng serahkan baki daripada RM3.9 juta yang dikutip untuk bayar ikat jamin RM1 juta bagi kes rasuahnya kepada DAP untuk beli dan edarkan 2.9 juta keping face mask kepada rakyat,” saran Najib.

Kesemua 42 Ahli Parlimen DAP dilaporkan akan sokong petisyen yang disyorkan Ahli Parlimen Kuching Kelvin Tii Lee Wuen dan  dan Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi.

Petisyen itu mahu kerajaan menurunkan denda RM1,000 kepada RM250 bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Najib mendakwa, tindakan DAP melancarkan petisyen itu hanya bersifat populis tanpa menghirau isyarat denda RM1,000 yang ingin disampaikan kepada rakyat demi kepentingan negara dan kesihatan awam.

“Sedangkan negara-negara lain juga mengenakan denda maksima yang amat tinggi untuk mereka yang ingkar perintah ini.

“Negara Sepanyol boleh kenakan denda maksima sebanyak 1,000 euro manakala di UK, denda maksima ialah £3,200 (RM17,500) untuk mereka yang sering ingkar arahan pakai face mask.

“Tak ada pula PH pernah bantah dasar kerajaan PH untuk mengenakan denda RM10,000 dan penjara 2 tahun untuk mereka yang merokok di tempat makan sedangkan impak dari orang merokok tidak sebesar orang yang terjangkit Covid dan menjangkiti orang lain akibat tak pakai face mask,” kata Najib.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu,  kompaun RM1,000 tersebut boleh diturunkan oleh mahkamah dan ianya mengikut kebijaksanaan hakim jika mereka yang didenda didapati benar-benar terbeban.

Bagaimanpun, DAP tidak menghiraukan isyarat yang salah akan dihantar kepada rakyat jika denda maksima diturunkan dari RM1,000 kepada RM250.

“Tugas utama ialah menjaga kesihatan rakyat, melindungi ekonomi yang telah terjejas akibat Covid dan menghentikan penularan wabak.

“Jangan main politik populis sehingga rakyat fikir arahan kerajaan untuk lawan Covid adalah hal remeh. Ini politik tak bijak yang menjahanamkan kesihatan rakyat dan keselamatan negara,” kata Najib.-SM

(Visited 325 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button