Nasional

TMJ berada di lokasi tembakan rambang di Siam Paragon, Thailand

Detik cemas yang dilalui oleh TMJ dan keluarganya

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi detik cemas apabila berlaku tembakan rambang di Bangkok, Thailand.

Tengku Mahkota Johor berada di Bangkok untuk menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara AFC antara JDT dan BG Pathun United.

Remaja berumur 14 tahun ditahan di Hotel Bangkok, Thailand

Menerusi laman media sosial TMJ, berkongsi detik hitam yang dilalui bersama keluarnya apabila penembak mula melepaskan tembakan semasa TMJ bersama keluarganya berada di hotel yang berhampiran dengan pusat membeli belah tersebut.

Perkongsian dari laman rasmi TMJ

“Kami membawa anak-anak dan keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.

“Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku,” tulis TMJ.

DYM TMJ dan pasukan keselamatan cuba mengawal situasi dan mengarahkan pasukan keselamatan untuk membawa TMJ dan keluarganya ke tempat yang lebih selamat.

“Saya menjerit sekuat hati kepada pasukan keselamatan kami untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah dan membawa kami ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut.”

“Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor.”

“Kini kami selamat berada di Kedutaan. Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.”

Disebabkan kejadian tersebut, TMJ terlepas untuk menyaksikan aksi JDT namun beliau bersyukur tiada kemalagan yang tidak diingini berlaku.

“Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat,” jelas baginda dalam kenyataannya.

Menurut beberapa laporan, terdapat sekurang-kurangnya tiga individu disahkan maut dan tiga cedera dalam tragedi tersebut.

Bagaimanapun JDT berjaya merakamkan kemenangan besar 4-2 di gelanggang lawan untuk meraih kemenangan pertama di Asia tahun ini.

Artikle Berkaitan :>

Remaja berusia 14 tahun ditahan selepas tembak mati 3 individu di Siam Paragon

(Visited 89 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button