Luar Negara

Bunuh Qassem Suleimani untuk hentikan perang kata Trump

AMERIKA Syarikat (AS) membunuh komander tertinggi tentera elit Iran, yang didakwa bertanggungjawab merancang operasi ketenteraan serantau Tehran, adalah untuk “menghentikan peperangan,” bukan memulakannya, kata Presiden Donald Trump pada Jumaat.

Trump menuduh Qasem Soleimani merancang “serangan ganas ke atas diplomat dan anggota tentera Amerika,” namun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, sebaliknya berkata komander itu telah “tertangkap basah,” lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Trump.

“Apa yang Amerika Syarikat lakukan semalam (Jumaat) sepatutnya telah dilakukan sejak dulu lagi,” kata Trump di kediamannya di sebuah resort di Florida, merujuk kepada pembunuhan Soleimani. “Banyak nyawa sepatutnya boleh diselamatkan.”

Soleimani, ketua tentera elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran, terbunuh dalam serangan udara AS pada awal pagi Jumaat berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Pembunuhan Soleimani menyebabkan ketegangan memuncak secara mendadak antara AS dan Iran, yang sering berlaku sejak Trump memilih untuk menarik diri daripada pakatan nuklear dengan Tehran pada 2018.

Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei, yang menganugerahkan bintang kebesaran tertinggi kepada Soleimani tahun lepas, berikrar untuk membalas dendam terhadap AS atas kematiannya. – BERNAMA

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button