BeritaNasional

Raja Muda Perlis berangkat ke program pengakap di Satun

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menganugerahkan “Bintang Perkhidmatan Gemilang Pengakap Perlis” kepada 11 anggota pengakap di wilayah Satun, Thailand dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Utama Pejabat Gabenor Satun pada pagi semalam.

Anugerah berprestij yang terhad dan eksklusif dari Pengakap Perlis ini hanya diberikan pada anggota pengakap yang berjaya memberikan sumbangan besar terhadap masyarakat pada semua peringkat sehingga ke antarabangsa.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Gabenor wilayah Satun Gabenor Wilayah Satun, Charuwat Kliengklao.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Di majlis yang sama juga baginda merangkap Presiden Diraja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perlis menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Persekutuan Pengakap Negeri Perlis yang diwakili oleh Ketua Pesuruhjayanya, Azmi Abdullah dengan Ketua Pengakap Wilayah Satun selaku Pengarah Pejabat Pendidikan Wilayah Satun, Uthai Kanjana.

Untuk rekod, dari Satun baginda menaiki bas ke Krabi sejurus selepas majlis tersebut bagi menghadiri ‘Program Ziarah Mahabbah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) 2020 ke enam wilayah Andaman di Thailand’ yang mana giliran hos pada tahun ini ialah wilayah itu.

(Visited 686 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button