Hiburan

Daripada TikTok tiba-tiba jadi penyanyi pula

BERMULA daripada membuat video jenis parodi di media sosial antaranya seperti TikTok, tiba-tiba bertukar cabang menjadi penyanyi pula.

Itulah yang dilakukan Syafiq Naser selepas mengeluarkan single terbaharunya berjudul Lenggang yang turut dijadikan runut bunyi untuk drama The Maid.

“Ini merupakan single pertama dan tak sangka diberikan ia peluang menjadi runut bunyi untuk drama popular. Sebagai orang baharu dalam industri, saya bersyukur dengan peluang yang ada dan menganggap ini permulaan yang baik.

“Walaupun Lenggang baru sahaja dilancarkan tetapi maklum balas yang diterima begitu baik. Saya menghargai setiap komen dan kritikan dan harap lagu ini akan diterima dengan baik oleh semua,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini.

Lagu Lenggang yang dicipta oleh AmzarSabri, Muaffirah dan Dayne itu sudah dilancarkan pada 13 Januari lalu dan menurut Syafiq.

Ujarnya, bukan mudah sebenarnya nak menyiapkan lagu ini tetapi dia akui beruntung kerana Amzar banyak membantu terutamanya mencari kesesuaian lenggok dan feel.

Menariknya, video muzik tersebut menuntut dirinya untuk sama-sama menari dan membawakan pelbagai karektor termasuklah watak bapa bermisai tebal.

“Saya memang takut bila dapat tahu kena menari. Dengan tak ada praktis saya beranikan diri sahaja. Mujurlah penari yang terlibat banyak memberikan tunjuk ajar. Kalau tak haru-biru juga.

“Dari pagi membawa ke malam, barulah selesai proses rakaman. Ini memang cabaran baru buat saya. Apa yang penting hasilnya disukai ramai, itu sudah cukup menggembirakan saya,” katanya lagi.

LENGGANG sudah pun berada di saluran YouTube Indigital Music sejak 13 Januari yang lalu. Lagu ini juga boleh distrim di semua platform digital. -SM

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button