Hiburan

Bunga Citra Lestari Hadirkan ‘Eternal Love’ di KLCC September Ini

NAMA Bunga Citra Lestari (BCL) sentiasa sinonim dengan karya cinta. Maka tidak hairan apabila konsert terbarunya membawa tema penuh emosi – Eternal Love – Timeless Romance, yang bakal menyapa peminat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 27 September 2025.

Dianjurkan oleh Pulse Project Asia, konsert ini menjanjikan satu pengalaman eksklusif yang memadukan kekuatan vokal BCL, susunan lagu-lagu cinta abadi dan produksi pentas bertaraf antarabangsa.

Konsert ini akan menampilkan rangkaian lagu-lagu ikonik seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah hingga ke single terbaharu beliau, Memulai Kembali. Setiap lagu dipilih untuk membawa penonton menyusuri perjalanan cinta dan kerjaya seni BCL selama lebih dua dekad.

“BCL bukan sekadar penyanyi. Beliau adalah wajah emosi, kekuatan dan cinta. Konsert ini adalah penghargaan buat peminat Malaysia yang sentiasa menyambut hangat kehadirannya,” ujar Muhammad Anuar Zaini, wakil Pulse Project Asia.

Walaupun Pulse Project Asia merupakan pemain baharu dalam penganjuran konsert, pasukannya terdiri daripada individu berpengalaman luas dalam produksi acara berskala besar. Konsert ini menjadi taruhan sulung mereka yang dijangka mencipta memori manis buat peminat.

Tiket Eksklusif & Peluang Bertemu BCL Secara Peribadi!

Tiket mula dijual pada 6 Jun 2025 jam 3 petang secara eksklusif di Ticket2U, dengan harga pre-sale bermula serendah RM259. Manakala harga biasa bermula dari RM288.

Lebih menarik, hanya 300 pembeli tiket terawal berpeluang menyaksikan sesi soundcheck BCL secara langsung – peluang eksklusif melihat penyanyi kesayangan ramai ini membuat persiapan akhir sebelum konsert bermula.

Bagi peminat tegar, kategori tiket Cinta Abadi (menggantikan VVIP) menawarkan akses Meet & Greet peribadi, sesi fotografi eksklusif dan barangan istimewa yang ditandatangani sendiri oleh BCL.

“Konsert ini bukan sekadar persembahan. Ia adalah perayaan cinta – antara BCL dan peminat setianya,” tambah Anuar.

Jangan Tunggu Lama!

BCL: Eternal Love – Timeless Romance dijangka menjadi antara acara hiburan terbesar tahun ini. Tempahan awal amat digalakkan bagi mengelakkan kekecewaan. Pembelian hanya melalui platform rasmi www.ticket2u.com.my bagi mengelak pembelian palsu atau tidak sah.

INFO KONCERT:

  • Artis: Bunga Citra Lestari

  • Acara: BCL: Eternal Love – Timeless Romance

  • Tarikh: 27 September 2025

  • Masa: 8.30 malam

  • Lokasi: Plenary Hall, KLCC

  • Harga tiket: RM259 (pre-sale), RM288 dan ke atas (normal)

  • Pembelian tiket: www.ticket2u.com.my

  • Tawaran khas: Soundcheck Pass, pakej Cinta Abadi (Meet & Greet)

  • Pertanyaan penajaan: [email protected]

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button