Politik

Shamsul Annuar mahu kuburkan Anwar di Tambun

LANGKAH Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menarik perhatian banyak pihak.

Keputusan Ketua Pembangkang itu untuk bertanding di Parlimen Tambun pada pilihan raya kali ini, memicu pelbagai komen dan pandangan. Dan terbaharu Shamsul Annuar Nasarah.

Shamsul Annuar yang juga pemimpin UMNO yang terlibat langsung mengatur naratif parti itu mahu menguburkan karier politik Anwar.

Namun ia tidak semudah itu kerana sekurang-kurangnya bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibat Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Anwar pastinya tidak terjun ke Tambun tanpa culaan dibuat terlebih dahulu sebagaimana beliau bertanding di Port Dickson yang menyaksikan beliau menang besar pada pilihan raya kecil berkenaan.

Persoalannya kini siapa calon UMNO yang bakal berdepan dengan Anwar. Apakah Shamsul Annuar cukup berani?

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button