Hiburan

Anuar Zain ‘gila’, pakai nebulizer atas pentas dan teruskan nyanyian demi peminat

Anuar Zain boleh dikatakan sebagai salah seorang penyanyi yang ‘gila’ untuk memberikan yang terbaik kepada para peminat biar pun terpaksa menggunakan nebulizer.

Ya.. Anuar Zain mengalami gangguan kesihatan yang agak teruk beberapa hari sebelum Konsert Ulang Tahun Anuar Zain Ke-40 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Namun disebabkan para peminatnya sudah pun membeli tiket, Stadium Malawati menyaksikan Konsert Ulang Tahun Anuar Zain Ke-40 dibanjiri 8,000 penonton.

Dalam erti kata lain, konsert tersebut full house dan kesakitan yang dialami Anuar Zain bagaikan hilang buat sementara kerana dahsyatnya aura peminat.

Bayangkan sahaja, dek kerana penangan Anuar Zain, ada peminat dari Melbourne sanggup terbang ke Malaysia untuk tidak melepaskan pengalaman terindah itu.

Semua Dilamun Cinta

Anuar Zain menggoda 8,000 peminatnya. Boleh dikatakan semua yang hadir ibarat terbuai dengan cerita yang disampaikan menerusi lagu-lagu yang disusun.

Baik dari segi pembukaan dengan lagu ‘Kaulah Satunya’ dan ditutup dengan lagu ‘Lelaki Ini’, Stadium Malawati tidak pernah sunyi dari teriakan peminat yang histeria.

Anuar Zain berjaya menyanyikan 20 buah lagu popular yang diterbitkan sambil ditemani Sze Wan selaku pengarah muzik dan 25 pemuzik handalan tanah air.

Kata Anuar, beliau kini sudah boleh berbangga dengan rekod telah berada dalam industri nyanyian selama empat dekad atau 40 tahun sejak kecil sehingga kini.

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button