Hiburan

Puteri Sarah dedah surat saman terhadap bekas menantu Kazar, Wiwi Darvinda

Aktres Puteri Sarah Liyana mendedahkan notis tuntutan saman terhadap bekas menantu kepada pelakon senior, Kazar Saisi.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Sarah berkongsi tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan yang merupakan ejen Insurans di Syarikat AIA.

Notis tuntutan yang dikeluarkan pada tarikh 30 Ogos itu berdasarkan Wiwi telah membuat kenyataan melibatkan dirinya di Instagram (IG) pada 24 Ogos lalu.

Notis Tuntutan untuk Saman Fitnah/ Malu Cum Injuksi Menurut Aturan 29 Kaedah 1(2A) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012’

Bekas isteri Pengarah popular itu, Syamsul Yusof itu juga meluahkan rasa syukur dan gembira apabila perancagannya berjalan lancar.

Alhamdulillah, berita baik daripada peguam saya. Kerana mulut badan binasa.” Luahnya.

Terdahulu, Puteri Sarah meluahkan rasa berang terhadap Wiwi kerana masih bercakap tentang hal peribadi pelakon tersebut malah tidak bersyukur dengan tindakannya menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar serta dua ahli keluarga yang lain.

Artikle Berkaitan :>

Kini bekas kakak ipar Ira Kazar pula bakal disaman oleh Puteri Sarah!

Kalau Sol tak nak lepaskan secara baik, Puteri Sarah bakal lantik Hakam

(Visited 3,005 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button