Nasional

‘Bulan depan ada gangguan air lagi tak?’

“BULAN depan ada gangguan bekalan air lagi tak. Sahaja tanya.”

Demikian antara komen sindiran daripada terhadap satu status yang dimuat naik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam Facebooknya hari ini.

Komen tersebut dikeluarkan pengguna Are Jey mengkritik isu gangguan bekalan air di negeri terkaya itu.

Dalam komen-komen tersebut, rata-rata pengguna media sosial dipercayai penduduk di Selangor melahirkan rasa kecewa terhadap kekerapan gangguan bekalan air.

Selain kecewa terhadap pentadbiran Menteri Besar, mereka juga dilihat kecewa dengan pentadbiran selama enam tahun PKR di negeri tersebut.

“Selangor ini tak pernah putus drpd masalah air.

“Apa tindakan sebagai MB (Menteri Besar) Selangor untuk mengelak atau menyediakan pelan sokongan yang boleh membantu ketika berlaku kecemasan seperti apa yang telah berlaku?” soal Abdul Rahman.

“Negeri bawah Pas dan UMNO ada alir keluar dari paip. Selangor bawah PH sedap dapat angin,” kata Azizul Zafran B. Hanifah.

“Alhamdulillah.. Harap tidak akan berlaku episod yang mencemaskan saperti ini lagi. Kasihan rakyat,” luah Norehan Mohamed Tahar.

Terdahulu, Amirudin memuatnaik perkembangan gangguan bekalan air dan proses pemulihan yang sedang berjalan.

Katanya, sehingga pukul 9 malam tadi, sebanyak 32.15 peratus bekalan pulih.

“Daerah Kuala Selangor hampir pulih sepenuhnya diikuti Kuala Lumpur, Daerah Petaling dan Klang.

“384,692 akaun telah pulih daripada jumlah 1,196,457 akaun secara keseluruhan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bantuan bekalan air melalui penghantaran bekalan menggunakan lori tangki masih berjalan.

Bantuan tersebut masih terus diagihkan kepada kawasan-kawasan yang belum pulih daripada gangguan bekalan air.

“Manakala 93 lori tangki dan 27 lori tangki jumbo telah digerakkan kepada kawasan yang belum menerima air..

“14,162 botol air 5 liter telah diagihkan setakat ini,” ujarnya.

Terdahulu, syarikat Air Selangor Sdn Bhd menutup Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor di Fasa 1, 2 dan 3 serta di Rantau Panjang.

Penutupan itu susulan terdapat pencemaran dikesan pada sumber air mentah di Sungai Gong.

Oleh demikian, Air Selangor memaklumkan kira-kira 1,200 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan dijangka berlarutan sehingga empat hari.

Bagaimanapun, pagi tadi Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua LRA sudah kembali beroperasi dan bekalan akan pulih secara berperingkat. – SM

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button