NasionalUncategorized

Buko pandan curi perhatian Ramadan kali ini

PENCUCI mulut berasal dari Filipina, buko pandan mendapat permintaan tinggi sehingga meningkat tiga kali ganda pada bulan Ramadan kali ini.

Rasanya yang manis dan lemak berkrim menyebabkan seorang pengusaha buko pandan, Idda Melisa Sukiman, 36, dari Kelantan tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada penggemar juadah berkenaan.

Mempelajari cara menghasilkan buko pandan dalam kelas anjuran seorang tukang masak profesional dari Filipana pada 2018 lalu, Idda Melisa berkata beliau menghasilkan kira-kira 1,500 buko pandan setiap hari sepanjang Ramadan.

“Saya membuat buko pandan sepanjang tahun namun pada Ramadan jumlah tempahan meningkat tiga kali ganda. Antara bahan asas yang diperlukan untuk membuat buko pandan ialah jagung, isi kelapa, koktel buah, nata de coco, gelatin, krim putar, susu cair dan susu pekat.

Antara bahan untuk menghasilkan buko pandan.

“Cara penyediaan pemanis mulut ini, saya perlu menghasilkan jeli sehari lebih awal sebelum keesokannya membancuh kuah mengikut perisa seperti pandan, laici, manga dan longan” katanya.

Memetik laporan daripada Bernama, Idda Melisa turut menerima tempahan daripada penggemar di negeri lain seperti Perak, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor.

Dibantu oleh tujuh pekerja semuanya, Idda Melisa kini mampu tersenyum apabila buko pandan hasil air tanggannya semakin dikenali ramai.

Bermodalkan RM150, permintaan buko pandan ini diterima dengan sangat baik sehingga membolehkan beliau membeli mesin parut kelapa dan mesin pembungkusan bagi memudahkan penghasilan buko pandan.

Katanya, pelanggan juga sudah membuat tempahan buko pandan ini untuk juadah Aidilfitri yang bakal menjelang. – Bernama – SM

(Visited 443 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button