Nasional

Dari sindiran, `sedap sikit’ Khalid Samad guna pepatah Melayu

‘LAJU’ sungguh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Abdul Samad `memerangi’ musuh-musuh politiknya di gelanggang laman sosialnya.

Ciapan-ciapan dalam twitter miliknya ibarat beliau sedang bertarung dengan lawannya dalam gelanggang MMA.

Ada masa menang, tetapi sebahagian besarnya di mata orang – kalah.

Sering berbaur sinikal sehingga `meludah ke langit kena balik hidung sendiri’. Dan sehinggakan tidak setara dengan pemakaian `Amanah’nya.

Tempoh hari bekas menteri itu dalam laman sosial Twitter rasminya @KhalidSamad menyindir solat berjemaah tidak boleh dilakukan ketika ini, dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Walhal, umum mengetahui masjid dan surau menangguhkan semua aktiviti termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Zaman PN ni takleh solat berjemaah di surau… hmmm tak marah DAP ke? Bisinglah sikit. Lama tak dengar.
“Oops nak salahkan DAP takleh dah. Bukan depa yang larang maka ok kan…,” katanya.

Ciapan Khalid dibidas banyak pihak termasuklah daripada Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya

“Jika pemimpin sendiri berkelakuan sedemikian, maka tidak hairanlah rakyat di bawah menjadi cacamarba dan seolah-olah hilang pedoman,” kata Aminuddin bulan lepas.

BACA

SUARA MERDEKA tidak mesra dengan ayat-ayat berbaur sindiran atau hentam keromo habis seperti ungkapan har*m j*d*h. Apatah lagi kalau ia datang seorang wakil rakyat atau bekas menteri kerajaan.

Dalam tamadun Melayu, budi itu amat penting. Ia menjadi tonggak hidup beradat dan sandaran tamadun. Ia mengajar kita bersifat lurus dan ikhlas, bertenaga dalaman dan luaran.

Jika berdiri tetapi nampak condong, maka pemimpin itu dianggap hilang sahsiahnya sebagai seorang yang berbudi.

Seseorang pemimpin yang condong semasa berdiri boleh dianggap memimpin dalam keadaan dicurigai.

Pemimpin dalam dunia Melayu mesti tegak berdirinya. Lurus pimpinannya. Bersyafaat pimpinannya.

Pantun, peribahasa, pepatah, perumpamaan antara lain adalah cetusan budi murni berfikir, bertindak dan mengatur kehidupan.

Di dalam ketiga-tiga budaya lisan Melayu tersebut sedia terkandung daya fikir yang amat tajam dan mempengaruhi gerak laku manusia Melayu.

Sesiapa pun pemimpin politik sama ada dari Perikatan Nasional mahupun Pakatan Harapan, waima Khalid sekaliipun beringatlah – jangan sewenang-wenang menambah perbendaharaan kata bahasa kita ikut kecenderungan kegemaran masing-masing.

Dunia tanpa tali, laman sosial, dunia hiburan yang canggih kesemuanya sudah menukar isian atau kekosongan budaya kita. Termasuk di dalam golongan ini ialah meresap hilangnya budi.

Dalam Islam ayat: Wattakun minkum ummatun; Yad’una ilal khair (Dan hendaklah ada dalam kalangan ummah yang membawa kepada kebaikan).

Dalam istilah Inggerisnya yang paling dekat maknanya ialah virtue. Dalam bahasa Arab, khair atau yang baik.

Pemikiran dan perlakuan yang baik bernilai tinggi untuk kehidupan yang murni. Dan sekali gus saling berfaedah kepada masyarakat.

Tegak rumah kerana sendi,
Rosak sendi rumah binasa,
Tegak ummah kerana budi,
Rosak budi ummah binasa. – SM

(Visited 687 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button