Kemalangan

Lelaki diserang sawan rempuh sembilan buah kereta

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 4 Jun – Pengguna jalan raya di Lebuh Ayer Keroh dekat dekat sini gempar apabila sebuah kenderaan
jenis BMW330E merempuh secara melulu sembilan buah kereta di persimpangan lampu isyarat Taman Chiptaco
menyebabkan enam orang mengalami kecederaan.

Dalam kejadian pukul 9.14 malam itu berpunca apabila seorang lelaki berusia 38 tahun yang memandu kereta
mewah itu dipercayai diserang sawan menyebabkan dia secara tidak sengaja tertekan pedal minyak hingga merempuh kereta yang kebetulan berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Antara kereta yang terlibat dirempuh seorang pemandu yang diserang sawan.

Kejadian tersebut menjadikan kawasan berhampiran menjadi kelam-kabut dan berlaku kesesakan teruk di kedua-dua hala laluan tersebut hingga tular di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata,
seorang wanita patah tulang hidung akibat rempuhan itu bersama lima yang lain cedera dalam kejadian
tersebut.

Menurutnya, lelaki berkenaan diserang sawan menyebabkan dia tertekan pedal minyak merempuh kenderaan di
hadapannya yang ketika itu berhenti di persimpangan lampu isyarat.

“Keadaan menjadi lebih teruk apabila lelaki berkenaan diserang sawan buat kali kedua menyebabkan beberapa
kenderaan lain juga dirempuh dalam kejadian tersebut,” ujarnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, akibat rempuhan tersebut pemandu BMW itu turut mengalami kecederaan dan
telah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapat rawatan lanjut.

Menurutnya, empat mangsa yang cedera mendapat rawatan di zon hijau manakala gadis berusia 21 tahun yang
patah tulang hidung dihantar ke zon kuning di Hospital Melaka.

Jelasnya, kesemua mangsa yang cedera berusia antara 21 hingga 73 tahun.

Beliau menambah, kenderaan terlibat adalah dua buah Perodua Myvi dan masing-masing sebuah Honda Jazz,
Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona.

Kes itu katanya, disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button