Berita

Naib Presiden MAP mahu Ismail Sabri kekal sebagai PM

IPOH – Kepimpinan terpuji serta tadbir urus yang baik dilihat sebagai indikator Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu kekal sebagai Perdana Menter

selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Dengan jangkaan Barisan Nasional boleh menang, maka Perdana Menteri sedia ada wajar dikekalkan selain dilihat sebagai pemimpin UMNO yang paling layak.

Naib Presiden Malaysian Advancement Party (MAP), Prof Dr N. Suguman berkata, beliau menyokong agar Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

Beliau yang juga Pengerusi MAP negeri Perak berkata, sebagaimana buat masa ini beliau mendukung serta menyokong penuh kepemimpinan Perdana Menteri kesembilan itu.

“Selepas setahun pentadbiran beliau, Ismail Sabri
telah berjaya mewujudkan kestabilan apabila tidak berlaku krisis politik.

“Sebagai pemimpin negara beliau juga telah menjalinkan hubungan yang baik antara parti-parti politik selain tidak gemar membuat kenyataan terburu-buru,” ujarnya ketika dihubungi di sini.

Jelas Suguman, sikap merendah diri Perdana Menteri turut terserlah dalam politik menyebabkan keperibadian beliau disenangi.

Ini katanya, Ismail Sabri dilihat berbeza apabila beliau tidak bersikap menyerang lawan, membidas atau mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati.

“Ada pemimpin gemar menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk memenjarakan pihak tertentu tetapi Ismail Sabri bukan sedemikian.

“Beliau juga mengambil sikap berkecuali misalnya dalam isu rasuah melibatkan pemimpin dalam UMNO, jelaslah beliau menghormati sistem kehakiman.

“Walaupun beliau ditekan hebat oleh lawan dan kawan namun Perdana Menteri kekal tenang dan tetap konsisten melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara,” ujarnya.

Tambahnya, ia yakin Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri akan terus membantu proses pemulihan negara dalam semua aspek termasuk kesihatan, ekonomi, sosial dan hidup serta kehidupan rakyat jelata.

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button